USANITA Perkuat Kerja sama Kreatif di Jakarta
jpnn.com, JAKARTA - USANITA Sdn. Bhd. berjaya menyelesaikan misi pentingnya di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia, serta meneroka kerja sama serantau.
Lawatan penting tersebut dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan antara ahli delegasi, termasuk Erma Fatima yang merupakan penerbit dan pelakon.
Pada 28-30 Juni, delegasi USANITA telah bertemu dengan tokoh-tokoh utama dalam industri hiburan Indonesia, termasuk Raam Punjabi dari PT Multivision Plus; Manoj Punjabi (MD Entertainment); Deddy Mizwar (PT Demi Gisela Film dan Ketua Umum Persatuan Produser Film Indonesia -PPFI), Zairin Zein, (produser dan Setiausaha Agung PPFI) dan Ilham Bintang (Pengarah PT Bintang Advis Multimedia).
Pertemuan diatur bagi meneroka peluang dalam melaksanakan projek kolaboratif dan kerja sama inovatif, selaras dengan misi pemerkasaan komuniti dan pembangunan modal insan oleh USANITA.
"Industri kreatif Indonesia merupakan mercu tanda inovasi dan kekayaan budaya. Pihak kami teruja untuk meneroka peluang dan bekerjasama bagi meningkatkan lagi inisiatif USANITA yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri kreatif yang dinamik di kedua-dua negara,” ujar Datuk Adzliana.
Datuk Adzliana menuturkan selain memberikan bantuan kebajikan, USANITA juga aktif dalam mempromosi padanan perniagaan-ke-perniagaan dan industri kreatif merupakan peluang baharu yang boleh meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli USANITA.
"Kerja sama sebegini memberi peluang untuk kita bertukar pengetahuan agar mampu memenuhi kehendak penonton yang semakin mencabar. Teknologi produksi filem juga telah mengalami perubahan pesat dan jika bergabung, kedua-dua negara mempunyai kekuatan untuk menakluk pasaran global dengan sinergi yang betul,” kata Erma Fatima.
Lawatan ke Jakarta ini juga membuktikan komitmen USANITA untuk memperluas jangkauan dan pengaruhnya melalui kerja sama antarabangsa.
Kerja sama ini juga dirancang secara strategik untuk membantu kedua-dua negara meneroka pasaran antarabangsa yang lebih besar, bermula dengan ASEAN.
- Peran Indonesia pada Organisasi Internasional: ASEAN dalam Pengembangan Ekonomi Biru
- Diskusi dengan Kemenkeu, Kementrans Menjajaki Skema Kerja Sama Badan Usaha
- Menko Airlangga Hartarto Bertemu Menteri Keuangan Hong Kong, Ini yang Dibahas
- 3 Berita Artis Indonesia: Pesan Abah Qomar, Industri Hiburan Korea Berduka
- Perkuat Kolaborasi ZIS di ASEAN, ICONZ ke-8 Hasilkan 5 Resolusi Strategis
- Ini Langkah Strategis Bea Cukai Menjaga Hubungan Kerja Sama Antarinstansi Penegak Hukum